Saturday 24 September 2011

5 tips mencari cinta..~


1. Saling percaya 
Setiap pasangan harus mempunyai sikap ini. Anda percaya pasangan anda dalam setiap aspek. Pertuturannya, pemikiran, atau bertindakan yang lakukan. Sukar untuk memberikan keyakinan, jika anda tidak boleh berada dalam keadaan tenang. Namun, tidak salah, jika anda memberikan kepercayaan pada dirinya.
2. Memahami 
Fahami kekasih anda. Jika anda mengajaknya untuk keluar makan atau pergi menonton filem dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak mahu”, “tak nak”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan terlalu dipaksa-paksa dan anda cuba fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.
4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta. Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

No comments:

Post a Comment