Thursday 29 September 2011

10 Adakah Seruan "Kembali Kepada Al-Qur'an Dan Al-Sunnah" Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab


Mutakhir ini kita sering kali mendengar seruan: “Kembalilah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” atau “Pegangan kita hanyalah al-Qur’an dan al-Sunnah”. Adakah dengan seruan ini bererti meninggalkan ajaran para imam mazhab ?
Jawapannya tidak. Kesemua ajaran para imam mazhab adalah berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Begitu juga dengan pengeluaran hukum berdasarkan kaedah ijma’ dan qiyas, ia tetap berasal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Maksud sebenar seruan “Kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” ialah meninggalkan ajaran seseorang imam mazhab jika ia secara pasti didapati tidak tepat berbanding dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ajaran yang ditinggalkan itu juga hanya berkaitan dengan perkara yang tidak tepat sahaja dan bukannya keseluruhan ajaran imam mazhab tersebut.
Berikut dikemukakan satu contoh.
al-Syafi‘e berpendapat membasuh muka ketika berwudhu’ adalah wajib manakala berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung adalah sunat. Ini kerana ayat yang memerintah wudhu’ hanya menyebut “membasuh muka” tanpa menyebut berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung.[1] Ayat yang dimaksudkan ialah:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangah kamu hingga ke siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali. [al-Maidah 5:06].
Berkata al-Syafi‘e rahimahullah berkenaan ayat di atas:
Aku tidak mengetahui bahawa berkumur-kumur air di mulut dan memasukkan air ke hidung atas orang yang berwudhu itu adalah fardhu (wajib). Dan aku tidak mengetahui ada perselisihan bahawa orang yang berwudhu jika meninggalkan kedua yang tadi dengan sengaja atau lupa dan mengerjakan solat, bahawa tidak dihitung (tidak dikira sah) solatnya.[2]
Akan tetapi para mujtahid selepas al-Syafi‘e berpendapat berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung adalah wajib hukumnya. Ini kerana mulut dan hidung termasuk bahagian muka. Lebih dari itu jika dikaji sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam berwudhu’, beliau sentiasa berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidungnya. Perbuatan baginda ini memperincikan keumuman maksud “muka” di dalam ayat ke 6 surah al-Maidah di atas.
al-Syaukani rahimahullah menerangkan: 
Saya berkata, pendapat yang mengatakan ia (berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung) adalah wajib merupakan pendapat yang benar. Ini kerana Allah Subhanahutelah memerintahkan di dalam kitabnya yang agung (al-Qur’an) untuk membasuh muka manakala berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung termasuk bahagian muka.  Dan sungguh telah jelas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam secara berterusan melakukan yang sedemikian di dalam setiap wudhu’nya dan ini diriwayatkan oleh semua perawi yang menjelaskan sifat wudhu’ baginda shallallahu 'alaihi wasallam. Maka ini menerangkan bahawa termasuk bersama perintah al-Qur’an untuk membasuh muka ialah berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung.[3]
Antara hadis-hadis yang dimaksudkan ialah:
Pertama:
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
Apabila salah seorang antara kamu berwudhu’, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian menghembuskannya keluar. [4]
Kedua:
‘Ali (bin Abi Talib radhiallahu ‘anh), bahawasanya dia meminta air wudhu’, kemudian dia berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung lalu menghembuskan air itu keluar dengan tangan kirinya, dia berbuat demikian tiga kali. Kemudian dia berkata: “Inilah cara berwudhu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” [5]
Ketiga:
‘Utsman ibn ‘Affan radhiallahu ‘anh, pernah meminta bekas air lalu dia menuangkannya ke atas dua tapak tangannya tiga kali kemudian membasuhnya; kemudian memasukkan tangan kanannya dalam bekas air lalu dia berkumur dan menghisap air ke dalam hidung……… Apabila selesai Uthman berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa berwudhu’ seperti ini – dan wudhu’nya ialah seperti ini…”[6]
Keempat:
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami berkumur-kumur dan menghisap air ke dalam hidung.[7]
Oleh itu pendapat yang lebih tepat ialah wajib hukumnya berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung ketika berwudhu’.[8]
Demikian satu contoh meninggalkan ajaran seorang imam mazhab jika ia secara pasti didapati tidak tepat berbanding dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Sekali lagi diulangi bahawa yang ditinggalkan hanya ajaran berkaitan dengan perkara yang tidak tepat sahaja dan bukan meninggalkan keseluruhan ajaran imam mazhab tersebut.

Saturday 24 September 2011

5 tips mencari cinta..~


1. Saling percaya 
Setiap pasangan harus mempunyai sikap ini. Anda percaya pasangan anda dalam setiap aspek. Pertuturannya, pemikiran, atau bertindakan yang lakukan. Sukar untuk memberikan keyakinan, jika anda tidak boleh berada dalam keadaan tenang. Namun, tidak salah, jika anda memberikan kepercayaan pada dirinya.
2. Memahami 
Fahami kekasih anda. Jika anda mengajaknya untuk keluar makan atau pergi menonton filem dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak mahu”, “tak nak”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan terlalu dipaksa-paksa dan anda cuba fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.
4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta. Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

i don't wanna let you go!...-for my sweetheart fairus~

Waking up, lost in a fog,
You were the light that led me home,
Over come, thought i was strong,
Thought I could make it on my own,
I Fooled myself but believe me now,

Cus I don't wanna let you go,
I'd be lost without you,
I think you should know,
I'm here
And I don't wanna let you go,

Lying here, under the stars
I feel the beating of your heart
By your side, thats were ill be
You can put your trust in me
I'll hold ya tight, Just stay tonight

Cus I don't wanna let you go,
I'd be lost without you,
I think you should know,
I'm here
And I don't wanna let you go,

I've been waiting for you,
I've built my world around you,
Let me show you how

Cus I don't wanna let you go,
I'd be lost without you,
I think you should know,
I'm here
And I don't wanna let you go,

Cus I don't wanna let you go,
I'd be lost without you,
I think you should know,
I'm here
And I don't wanna let you go,

Ooooh Cus I dont wanna let you go

More lyrics: http://www.lyricsmania.com/i_dont_wanna_let_you_go_lyrics_ross_copperman.html
All about Ross Copperman: http://www.musictory.com/music/Ross+Copperman

Wednesday 21 September 2011

HIKAM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat serta salam kepada Rasulullah s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Sesungguhnya tiada suatu amal kebaikan pun yang dapat diharapkan agar diterima oleh Allah s.w.t, melebihi dari amal yang terlupa olehmu akan adanya, dan remeh atau kecil dalam pandanganmu dan kejadiannya.
Amal kebajikan yang pasti diterima Allah iaitu jika merasa amal itu semata-mata terjadi kerana taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Kemudian ia tidak berbangga dengan amal itu dan tidak merasa seolah-olah sudah cukup baik dengan adanya amal itu, kerana amal itu telah ditujukan kepada keredhaan Allah.
Maka tidak usah diingat-ingat lagi. Sebab siapa yang merasa sudah beramal, jarang sekali yang tidak merasa ujub atau bangga dengan amalnya itu dan itu suatu bahaya bagi amal itu………….