Saturday 14 September 2013

KENALI AKU... MR'azan Havoc


                                                                      ~ hey you ~


umpama musafir,keseorangan di perantauan...hanya di teman kasih dan airmata...hidup tanpa hala tuju tapi tidak pernah sekali menyesal apa yang telah di lakukan...seperti apa yang telah di lalui..hanya harapan palsu yang sia2..matlamat di mana??...tercari cari sehingga titisan darah terakhir...~

Tuesday 14 February 2012

pape jelaa

lamo x sentuh menatang neh...hahaha....tibe mase aku nk lenyap kn menatang ni...wait n c~

Monday 12 December 2011

PerasaAN aPekaH~

hurm~gembira dpt bwk mak abah aku g langkawi...tp,mood aku makin x menentu..adui..ape nk wt serbe x kene...ape masalah ni???..konpius..tanya sama pokok~.
otak makin full~..tp aku try cool....masalah memang sentiase ade..xpenah lenyap~...
kalau xde masalah means bukan kehidupan namenye...kan3...~
ahahah~
tp xpe..selagi bole tahan,aku tahan...tp pade u all yg berkenaan,please la..rase2 ape yg patut korang setle,tlg la setle kn secepat mungkin..aku bukan penyabar...smpi bile aku nk pesan je....aku pon bnyk benda nk fikir...erm~.....juz tawakal~..bukan xnak usaha benda lain..tp ~~

terlalu berat beb...aku juz manusia biase yg tau ape itu PENAT...:D..

FIKIR la sndri ~..

huhuhu....ape sebenar nye yg aku nk cari kt langkawi ni???cm xde motif lak..tp dpt lepas rindu kt ank buah aku yg 2org ni..hahaha...xpela..asalkn org tua aku puas...~..

xmo serabut2...juz luah ape yg patut...ahahaha....chawsin~

Saturday 29 October 2011

shit!!

new entry bebeh...ahahaha!!

AKU PALING PANTANG ORANG USIK HAK PRIVASY AKU!!!!!...

siyez...memang kurang minat...mak babah aku sndri x berani usik barang aku...
now aku diam...kire oke  la..huhuh...stabil an..tp jgn ingt aku diam hati aku pon diam...
silap laa..sape pon ko,aku dulik hape..jgn smpi kebencian aku meluap2...
pantang mak apak aku laa!!!!

ades...pe kes!!!

sejahat2 aku xde la smpi nk selongkar dendalam...kan3....hahahaha


fakop!!!!!!!

Tuesday 25 October 2011

10 Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Wanita

Ciri-ciri ini kemungkinan ada pada anda atau mungkin ada pada pasangan anda. Apa-apapun, anda boleh layan beberapa panduan yang  telah sediakan untuk tatapan pembaca blog ini.


1. LELAKI YANG PRIHATIN
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya.


2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.


3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.


4. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le…!!!


5. LELAKI YANG WANGI
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.


6. LELAKI YANG PEMURAH
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.


7. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!


8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia.


9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk…lebih baik…beralah kan..


10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan.. jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.


Ramai yang meminati
Tips mencari Calon Isteri


Read more: http://tanyalelaki.com/10-ciri-lelaki-yang-menjadi-idaman-wanita/#ixzz1bqy1mhfp

Tuesday 18 October 2011

jamal abdilah..azan cover

Sunday 16 October 2011